Walaupun pelbagai kisah dalam pengalaman hidupnya sebagai pemandu treler 10 tayar termasuk diganggu sekumpulan lelaki mabuk, tidak mematahkan semangat ibu tunggal, Rokiah Salim, 51, meneruskan kerjayanya itu,.
�Ketika berada di selekoh di kawasan Seberang Perai, tiba-tiba ada lelaki mabuk melompat di hadapan treler. Dia bersama beberapa lagi rakannya melemparkan kata-kata kesat dan menghalang laluan saya.
�Mujur ada van kebetulan lalu di kawasan itu dan pemandu van berkenaan menghalau mereka, namun kerjaya ini amat menyeronokkan,� katanya.
Memetik Hmetro, Rokiah yang membahasakan dirinya sebagai Kak Lori, kerjaya sebagai pemandu treler ini adalah mudah kerana waktu kerja fleksibel serta menawarkan pendapatan lumayan.
�Pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000, Kalau rajin boleh cecah RM6,000 hingga RM7,000. Dulu saya pernah berkerja kilang selama 18 tahun.
�Kerja dulu lebih susah kerana selalu tertekan terutama apabila majikan marah, tetapi kerja bawa treler lebih mudah dan pendapatan agak tinggi,� katanya.
�Sebenarnya tak susah pun memandu treler. Kalau boleh pandu kereta, pasti boleh pandu treler.
�Ramai graduan memilih pekerjaan sehingga menganggur, sedangkan ada banyak pekerjaan boleh dilakukan termasuk memandu treler. Cuba dulu, jangan asyik mengharap duit ibu bapa,� katanya.
Bagi beliau, kerjaya sebagai pemandu lori treler bukan hanya untuk lelaki, kata Rokiah yang juga gemarkan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi dan mendaki gunung.
�Wanita sebenarnya lebih cermat memandu treler sama seperti bawa kereta. Dalam kelembutan wanita, pasti mereka juga boleh memandu treler.
�Cuma anak muda kita selalu dimomokkan kononnya kerjaya memandu treler bahaya. Sebenarnya tak teruk dan bahaya pun.
�Kerja saya hanya ambil kontena yang turun dari kapal di Pelabuhan Pulau Pinang dan dihantar ke depoh untuk dibaiki. Sekurang-kurangnya 150 trip (perjalanan) dalam sebulan.
�Kerja seperti ini tiada gaji asas kecuali elaun makanan, komisen dan bonus. Kalau rajin, boleh buat trip lebih untuk dapatkan pendapatan lebih.
�Jika orang kata kerja ini susah, itu semua bohong,� katanya.
Selain itu, menurut beliau, kerja sebagai pemandu treler memerlukan etika berpakaian yang baik untuk tujuan keselamatan.
Bertudung & berbaju kurung tak menghalang akak ni utk jadi pilot darat. Tergugat admin..Salute
#inforoadblock
Dikirim oleh Info Roadblock Jpj/polis pada 17 Februari 2017
�Pemandu treler perlu memakai seluar panjang dan kasut demi keselamatan. Bagaimanapun, saya memohon kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk berbaju kurung pada setiap Jumaat demi menghormati hari itu,� katanya.
The post Gaji �Kakak Lori� Bawa Treler Cecah RM7,000 Sebulan, Ini Nasihatnya Buat Graduan Menganggur appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage