Kalau nak ikutkan, jangan biar SETITIK pun susu formula(FM) itu masuk ke dalam tubuh badan anak yang baru lahir itu. Bukan sebab FM tu teruk sangat ke apa tapi sebab benefit susu ibu(BM) tersangatlah banyak, kenapa perlu FM ye tak? Nak kata BM ni takde keburukan pun ada juga. Dental carries. Itu sahaja. Kalau telan FM pun kena jugak malah jauh lebih cepat sebab ianya mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Hanya 2% daripada golongan ibu yang baru melahirkan tidak mampu menyusu badan tetapi itu hanyalah kerana faktor2 tertentu(ambil ubat, ada penyakit etc). Selebihnya MAMPU dan seharusnya menyusu badan. Kebolehan untuk menghasilkan susu hanyalah dihalang oleh SATU FAKTOR SAHAJA. Iaitu mental block. Keadaan mental/minda si ibu. Sebab itu suami dan ahli keluarga perlu memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha, emosi dan kebajikan ibu2 nak menyokong penyusuan susu ibu. Banyak manfaat susu ibu ni. Terlalu banyak nak disenaraikan. Antaranya:
1) Mengurangkan risiko jangkitan sesetengah bakteria dan virus(lysozyme dan lactoferrin)
2) Melindungi usus anak daripada jangkitan cirit birit(secretory IgA antibodies)
3) Mengurangkan risiko SIDS(bayi mati mengejut)
4) Mengurangkan risiko sesetengah barah(cancer)
5) Mengurangkan masalah allergy seperti asthma, eczema dan resdung.
6) Risiko kena kencing manis, obitisi dan masalah jantung lebih rendah
Banyak lagi manfaatnya.
Termasuklah mengandungi kandungan zat vitamin, protein dan lemak yang SEMPURNA untuk perkembangan dan pertumbuhan optimal anak2. Malah ianya turut memberi kesan sehingga kanak2 itu besar nanti kerana sudah terbukti juga, mereka yang consume susu badan juga turut memiliki IQ(kepandaian) yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak! Tetapi terdapat beberapa masalah dalam usaha ibu2 nak menyusu badan yang perlu kita sedar dan ambil langkah untuk perbaiki.
Antaranya sokongan yang baik daripada suami dan ahli keluarga. Dapatkan juga maklumat dan panduan daripada mereka yang bertauliah (bukan Abu Hannah ye) terutamanya bagi mereka yang pertama kali dan tiada pengalaman nak menyusu. Masyarakat pula perlu lebih prihatin. Jangan la pandang rendah ibu2 yang berusaha nak menyusu badan atau terpaksa guna FM. Jangan cakap atau beri comment2 yang menjengkelkan hati atau sindir/perli/mengeji mereka seolah olah mereka yang tak mampu menyusu badan ni ibu kasta rendah. Atau tak sehebat atau sempurna seperti ibu2 yang mudah untuk menyusu anak mereka dengan susu ibu. Jangan cakap takde. Tipu berdosa.
Untuk beberapa hari selepas kelahiran, memang ambil masa sedikit untuk stok susu ibu jadi lebih banyak. So ibu2 jangan stress tapi jangan la pulak biar anak tu langsung tak minum apa2 semata mata nak menyusu badan. Takde masalah kalau kita nak supplement dengan FM. Kejap je bukan selama lamanya. Asalkan bayi tersebut tidak mengalami kemudaratan. Lepas tu sambung beri susu ibu. Jangan beri air kosong pula sebab ianya mengandungi 0 zat dan calorie.
FED IS BEST.
Susu ibu(BM). Atau susu formula(FM). Atau mixed(susu ibu dan formula). Untuk sementara waktu. SEBAIKNYA? Susu ibu all the way sampai 6 bulan secara exclusive(takde campur benda lain).
Lepas 6 bulan kita mula supplement dengan makanan tambahan(puree, bubur). Bukan sebab susu ibu tidak berguna tapi demand(keperluan) kanak2 itu untuk membesar mula LEBIH daripada zat2 yang boleh di SUPPLY(dibekalkan) dalam susu ibu. Bukan takde ye. TAK CUKUP. Sebab itu kena ada tambahan. Jangan la pulak nak breast feed punya pasal sanggup biar anak kelaparan. Hypoglycemia(gula rendah) mampu menyebabkan anak itu mengalami pelbagai komplikasi. Bila ada masalah perkembangan dan pembelajaran kelak, jangan blame vaksin pulak sebagai punca, walhal menzalimi anak sendiri. Nak menyusu anak tu sampai masuk darjah satu pun takde masalah, asalkan selepas umur 6 bulan ada tambahan makanan apa yang dia ambil selaras dengan keperluan untuk membesar dengan optimal.
Kalau hanya beri susu ibu sahaja selama 2 tahun, nanti datang la pelbagai masalah yang sering dapat dilihat di klinik kesihatan. Anemia(tak cukup darah), recurrent infections(asyik demam dan selsema je), constipated(sembelit sebab usus sudah mula matang tapi minum susu je), failure to thrive(bantut dan perkembangan terencat), masalah pembelajaran(perkembangan lambat/developmental delay). Belum masuk cerita pelbagai deficiency dan malnourishment (kurang zat dpt penyakit bermasalah) akibat daripada tak supplement diet anak.
Anak itu AMANAH daripada Allah SWT. Buat yang terbaik untuk si kecil anda!
Sumber: RootOfSience