Apple Perkenal iPhone 7 Warna Merah

Sebagai tanda sokongan kempen kesedaran AIDS, syarikat gergasi Apple telah mengumumkan kerjasama antara Apple dan inisiatif kesedaran AIDS (RED).

�Perkenalkan iPhone edisi khusus dalam warna merah melambangkan penawaran produk terbaik kami untuk kerjasama dengan (RED),� kata CEO Apple Tim Cook dalam satu kenyataan media.

Sebahagian hasil jualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ini juga bakal disumbangkan kepada RED.

Bagi yang berminat, model telefon bimbit dengan 128GB dan 256GB ini boleh didapati di online di Apple.com dan di cawangan-cawangan Apple di seluruh dunia bermula harga AS$749 (RM3,319) mulai 24 Mac ini.

Sebelum ini, Apple hanya memperkenalkan iPhone 7 berwarna hitam, �jet black�, perak, emas, dan �rose gold� .

The post Apple Perkenal iPhone 7 Warna Merah appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage