KERANA KARIPAP SIRA, DATUK SITI SANGGUP PUSING SATU KL


Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza memberitahu teringin untuk makan karipap Sira memandang itu ialah kuih kegemarannya di bulan Ramadan.

�Setiap kali bulan puasa saya akan cari Karipap Sira tetapi di sini (Kuala Lumpur) susah betul nak cari. Baru-baru ini saya teringin sangat nak makan Karipap Sira saya pusing satu KL tapi tak jumpa.

�Kalau balik Kuala Lipis memang saya akan beli kuih tersebut. Karipap sira intinya adalah sayur-sayuran, sama lebih kurang seperti popia sira cuma kiuh itu dalam bentuk karipap.

�Kalau setiap kali tiba bulan puasa, saya memang akan cari kiuh karipap sira pedas tu. Tapi memandangkan di KL tiada, dapat makan popia sira pun jadilah,� katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Dalam pada itu mengulas mengenai aktivitinya sepanjang bulan Ramadan, Datuk Siti memberitahu dia kini memperlahankan aktiviti nyanyian buat seketika.

�Ya saya berehat seketika kerana banyak komitmen dalam bidang perniagaan. Maksud rehat saya ialah rehat dari segi konsert-konsert atau persembahan besar.

�Kena pula pada bulan Ramadan ini, saya agak sibuk dengan bidang perniagaan di mana saya baru sahaja memperkenalkan koleksi baju Raya iaitu Creation Sesuci Lebaran 2016.

�Alhamdulilah, perniagaan tudung kolaborasi bersama Ariani juga semakin mendapat sambutan, jadi saya ambil masa ini untuk beri fokus kepada perniagaan,� ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Datuk Siti kini memperluaskan perniagaan produk kecantikkannya, SimplySiti menerusi sistem atas talian dengan kerjasama Amax Mall.

Sumber: astrogempak.com.my

Related Posts :